Hari INI
Assalamualaikum, pembuka segala bicara...
Agak lama tak menaip dan add post pape kat sini, terlalu sibuk dengan keje kat opis yang tak penah habis. Hari ni siap satu keje esok kena kejar dateline lain lagi, penat...penat....dan penat....
Syukur sangat kerana semuanya berjalan agak baik, hampir 4 bulan aku memegang status pekerja di syarikat ni. Syarikat yang tak berapa glamor tapi kadang-kadang saja dengar orang berbisik pasal syarikat ni. Sipis-sipis je...
Daniel plak macam tula, dialah tempat untuk aku curah segala isi hati walaupun banyak dipendam sebenarnya. Aku luah isi hati aku yang tak puas hati kat bos pada Daniel, luah isi hati yang tengah tension dan geram tahap gaban jugak pada Daniel, luah kenaikan gaji aku pun pada Daniel...pendek kate semua hal aku nak cerita dengan dia...dia layan je..skit-skit dia ade juga bagi aku nasihat...itu tak patut buat, ini tak patut buat...semuanya sebab ada dia dan mujur jugak ada dia...
Akhir bulan 8 ni abg aku kawen, cuti keje 2@3 hari awal, kesian mak aku kena rewang sorang2, maklum lah mak ayah aku keje. Kat umah lak tinggal adik bongsu aku je yang tak tau buat menda melainkan makan minum dan belaja...semuanya dah meningkat usia, tak lama lagi rewang aku plak..hehehe..insyaAllah, doakan aku dengan Daniel ekk..
Wassalam

Recent Comments