K E M B A L I~
Aku tegar melayani segala perasaan yang hadir
Tatkala diri hanyut di perhambaan waktu
Aku sedar
Tapi masih terkapar mencari tempat pergantungan
Bilakah perakhiran bagi semua ini?
Terdengar suara sanyup meminta aku kembali
Air mata mengalir sepi
Mengetahui segala isi hati yang pedih
Aku mahu kembali
Ya TUAN hamba
Peganglah tangan ku
Jangan di lepaskan
Kiranya aku tersasar
Segeralah tetapkan pegangan ku
TUAN hamba
Jangan biarkan aku sesat di lautan noda
Cemar dan menghitamkan segenap hati ini
Aku masih mahu kembali
Andai esok adalah hari terakhir bagi ku
Biarlah aku kembali dengan penuh kesucian
Tidak terpalit walau sedikit kotoran
Terimalah aku kembali
Seperti mana aku dihidupkan
Aku tetap akan kembali ke pangku TUAN ku….

Comments