^Panahan C I N T A Separuh Hari^....PART (2)
Sesudah lunch tgh hari, kitorang berjln ke pasaraya Pertama. Kat situ lagi ramai manusia, ade yg tengah makan, ade yg sedang berborak, masing2 tak menghiraukan keadaan sekeliling, "Aku punya hal ko ape pedulik!" agaknya itu statement yg amat popular di kalangan warga kota, DUNIA HARI INI..
Aku memaut kuat lengan bakal kakak ipar aku, takut juga dgn keadaan sekitar yg penuh dgn manusia, terutamanya kaum lelaki. Pelbagai pandangan di lontarkan ke arah kitorang ber-5, maklumlah semuanya perempuan, cara berjalan dan gerak lenggok akan menjadi tumpuan kaum yang berlawanan jenis ini.
Aku menyusuri kedai2 di tepi kanan jalan, aku leka dgn sebuah kedai yg menjual decorative stuff tuk hantaran perkahwinan, kata bakal kakak ipar aku, dia nak pakaian persalinan kahwin nnt berwarna perak atau gold. Aku terbayangkan majlis perkahwinan abg aku, semestinya meriah, cantik dan sama padan, dalam masa yg sama juga fikiran nakal ku terus teringat kepada DIA...(",)bahagianya..
Kul7 petang, aku berpisah dgn bakal kakak ipar aku di Sogo Mall, aku menaiki komuter tuk balik ke Serdang. Sebelum tu, kitorang ber-4 lepak, solat dan dinner kat KL Sentral, tepat kul10 baru bertolak balik ke UNITEN. Dalam komuter tak yah cakap lagi, penuh dgn manusia yg sama waktu baliknya dgn kitorang, lagi2 last train mcm ni. Belakang badan aku terhadang dgn beg galas sorang chinese guy, aku terpaksa berpaut pada tiang tempat duduk komuter dan hampir 45minit aku tak dapat nak bergerak ke kiri dan kanan, seluruh urat kejang plus dgn kebas. Mujurla kepala aku leh berpusing kiri kanan, kalau idak, maunya aku berjalan keluar komuter cam robot nnt
Dalam perjalanan selama 45minit tu, ade satu pandangan yg amat tidak menyenangkan mata aku. Selama aku berdiri didalam komuter, rata2 tempat duduk di duduki oleh lelaki yg segak, bergaya dan hebat, tapi langsung tak GENTLEMAN. Sanggup tengok aku dan rakan2 wanita yang lain terhimpit dgn keadaan dan berlaga lutut dgn lelaki2 yg tidak dikenali di dalam komuter tersebut. Sedih pun ade juga, kata orang lelaki ni sejenis golongan yg akan membantu yg lemah, takkan menindas atau menyakiti perempuan...tapi ape yg aku lihat telah menyangkal kata2 org tersebut, amat memalukan...
Kul11.30 kitorang sampai di apartment, penatnya hanya Tuhan yg tau, inilah salah satu sebab nape aku takleh join member aku kuar shoping, aku mudah penat dan mudah bosan. Buka je pintu bilik, first yg aku akan lihat ialah katil aku yang bercadar biru lembut, plus dgn bau bilik aku yg sejuk dan menenangkan...segala kepenatan terasa hilang, aku ingin tamatkan segala 'kesakitan' b'shoping hari ni dgn mandi, solat dan tido bertemankan ingatan terhadap si DIA..
inilah kisah PANAHAN C I N T A SEPARUH HARI aku...

Comments