« C I N T A~Seorang Sahabat | Main | Beautiful L O V 3~ »

-->Istilah C I N T A<--

Setiap org memandang cinta dalam pelbagai rupa, cinta yg pelbagai rupa memberi pelbagai rasa. Ada yg melihat cinta sebagai satu pertaruhan, ada yg melihat cinta sebagai lambang keseronokan dan ada yg melihat cinta sebagai pemberi kebahagiaan, dimanakah cinta sebenarnya pada mata semua?

Sesetengah manusia memilih cinta berdasarkan luaran seseorang individu dan yg terpilih selalunya tidak sama, ada pelbagai rupa, berbeza kelebihan. Kalau yg pertama rendah, yg kedua pula tinggi, kalau yg pertama berkulit gelap, yg kedua berwajah cerah. Kalau ada yg ketiga pula, selalunya lebih ketara  berbeza daripada yg pertama atau yg kedua. Semuanya kerana pilihan, didalam masa bercinta, biasanya pasangan seperti ini tidak kekal. Ada2 sahaja yg tidak berkenan di hati, ada2 sahaja yg tidak lengkap sempurna, itu kata hati mereka. Suatu hari jodoh telah tersurat, tapi yg menjadi pilihan langsung tak seperti pasangan yg pernah bersama sewaktu bercinta, cantiknya cuma sedikit mungkin menyedari yg luaran tu taklah sepenting cantiknya 'DALAMAN' seseorang.

"Seronoknya bercinta.." itulah kata hati orang yg berasa cinta itu sebagai satu keseronokan, mereka lebih senang tidak terikat dgn sesuatu pertalian yg memerlukan pengorbanan bagi menjalankan tanggungjawab. Cinta itu bebas, hati mereka berterusan menyatakan keseronokan, berpeluk, berpegang memberi kebebasan melempiaskan cinta, tapi semuanya hipokrit kerana yg berlaku adalah kerana kata dasar di hati mereka yg penuh dgn keseronokan, tapi bila hati dah berpaling "Ahh!!aku dah jemu...!" Mahukah lagi untuk berpeluk dan berpegang sana sini?

Manusia yg tersenyum puas, terlihat kecantikan yg tiada tara diwajahnya. Di mata mereka hanya terpancar kebahagian, itulah org2 yg berasa bahagia kerana bagi mereka cinta adalah pemberi ketenangan dan kebahagiaan. Mereka menghargai setiap perkara yg ada pada diri org yg mereka kasihi dan cintai, mata tidak hodoh memandang, hati tidak jemu merasa. Lunak setap baris kata yg terluah dibibir, langsung tidak mengharapkan balasan, cuma melempiaskan kata2 cinta yg ikhlas terlahir di hati untuk org yg dikasihi. Mereka tersenyum bersama, bahagia.

CINTA itu tercipta seadanya, tidak menilai pertaruhan dan keseronokan yg sementara. CINTA yg bahagia lahir dr hati yg jujur tanpa titik2 hitam yg mampu merosakkan pertalian yg terjalin,

"Aku memandang diri mu satu, diri mu yg tercipta untuk ku, diri mu yg dahagakan cinta dan kasih dari ku. Tanpa penyesalan, aku serahkan hati yg satu, diri yg satu, untuk memberi sepenuh cinta dan kasih kepada mu.."

                            

Comments

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .