« July 2007 | Main | November 2007 »

-->Istilah C I N T A<--

Setiap org memandang cinta dalam pelbagai rupa, cinta yg pelbagai rupa memberi pelbagai rasa. Ada yg melihat cinta sebagai satu pertaruhan, ada yg melihat cinta sebagai lambang keseronokan dan ada yg melihat cinta sebagai pemberi kebahagiaan, dimanakah cinta sebenarnya pada mata semua?

Sesetengah manusia memilih cinta berdasarkan luaran seseorang individu dan yg terpilih selalunya tidak sama, ada pelbagai rupa, berbeza kelebihan. Kalau yg pertama rendah, yg kedua pula tinggi, kalau yg pertama berkulit gelap, yg kedua berwajah cerah. Kalau ada yg ketiga pula, selalunya lebih ketara  berbeza daripada yg pertama atau yg kedua. Semuanya kerana pilihan, didalam masa bercinta, biasanya pasangan seperti ini tidak kekal. Ada2 sahaja yg tidak berkenan di hati, ada2 sahaja yg tidak lengkap sempurna, itu kata hati mereka. Suatu hari jodoh telah tersurat, tapi yg menjadi pilihan langsung tak seperti pasangan yg pernah bersama sewaktu bercinta, cantiknya cuma sedikit mungkin menyedari yg luaran tu taklah sepenting cantiknya 'DALAMAN' seseorang.

"Seronoknya bercinta.." itulah kata hati orang yg berasa cinta itu sebagai satu keseronokan, mereka lebih senang tidak terikat dgn sesuatu pertalian yg memerlukan pengorbanan bagi menjalankan tanggungjawab. Cinta itu bebas, hati mereka berterusan menyatakan keseronokan, berpeluk, berpegang memberi kebebasan melempiaskan cinta, tapi semuanya hipokrit kerana yg berlaku adalah kerana kata dasar di hati mereka yg penuh dgn keseronokan, tapi bila hati dah berpaling "Ahh!!aku dah jemu...!" Mahukah lagi untuk berpeluk dan berpegang sana sini?

Manusia yg tersenyum puas, terlihat kecantikan yg tiada tara diwajahnya. Di mata mereka hanya terpancar kebahagian, itulah org2 yg berasa bahagia kerana bagi mereka cinta adalah pemberi ketenangan dan kebahagiaan. Mereka menghargai setiap perkara yg ada pada diri org yg mereka kasihi dan cintai, mata tidak hodoh memandang, hati tidak jemu merasa. Lunak setap baris kata yg terluah dibibir, langsung tidak mengharapkan balasan, cuma melempiaskan kata2 cinta yg ikhlas terlahir di hati untuk org yg dikasihi. Mereka tersenyum bersama, bahagia.

CINTA itu tercipta seadanya, tidak menilai pertaruhan dan keseronokan yg sementara. CINTA yg bahagia lahir dr hati yg jujur tanpa titik2 hitam yg mampu merosakkan pertalian yg terjalin,

"Aku memandang diri mu satu, diri mu yg tercipta untuk ku, diri mu yg dahagakan cinta dan kasih dari ku. Tanpa penyesalan, aku serahkan hati yg satu, diri yg satu, untuk memberi sepenuh cinta dan kasih kepada mu.."

                            

C I N T A~Seorang Sahabat

ISNIN pukul8.30 mlm 13/Ogos/2007

Suasana yg suram menyelubungi ruang legar ke wad CCU, suasana yg sama pernah aku rasakan tika aku melawat bapa saudara ku sewaktu dia masih hidup dan bersusah payah melawan penyakitnya demi orang tersayang. Hati ku sayu memandang wajah2 orang yg paling dekat dgn sahabat ku ini....FADHIL AHMAD.....dalam kenangan sahabat dan sahabiah UNITEN.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tepat pukul6.15 aku dibenarkan untuk masuk melawat arwah, sungguh sebak memandang keadaan arwah, dgn segala macam wayar berselirat di badannya, mukanya pucat dan bengkak kerana dah terlalu banyak air yg dimasukkan ke dalam tubuhnya. Aku menahan getar di dalam dada, tidak mahu menangis, sekalipun aku tidak mengenalinya tapi kerana ikatan persaudaraan sesama Islam, aku menganggapnya seperti saudara aku sendiri. Merasa betapa peritnya sakit yg ditanggung, ALLAH MAHA KUASA...

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Melihat kepada keadaan sahabat ku itu, aku menjadi insaf, bermunajat sendiri bahawa hari mati itu akan menjelma jua dan sudah pastinya perpisahan yg menyakitkan akan aku tempuhi juga...mungkin aku yang akan 'meninggal'kan orang2 yang aku sayangi terlebih dahulu atau pun sebaliknya...hakikatnya akan terjadi jua..

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Baru sahaja aku memegang surah Yasin dan membaca bebarapa baris surah berkenaan, kedengaran para sahabat yg datang melawat berbisik sesama sendiri "Fadhil sudah meninggal.." INNALILLAHIWAINNAHIRAJIUN...Dari ALLAH dia datang Kepada ALLAH jua dia kembali...

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Aku bergegas ke bilik CCU, suasana yg cukup menghibakan hati ku, dengan linangan air mata yg bercurah aku tetap juga meneruskan bacaan Yasin sekalipun tersekat2...betapa tulus aku rasakan pemergian ini, sekalipun dia bukan kenalan ku, tapi kami adalah saudara sesama Islam, itu yg melenyapkan jurang antara kami. Matanya yg sebentar tadi berkedip kini tertutup rapat, hijab antara roh ku dan dia sudah terlalu jauh. YA ALLAH...TEMPATKANNYA DI ANTARA HAMBA2 YANG DIKASIHI MU...

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Wajah itu aku tatap lama, moga rohnya dicucuri rahmat...itu doaku sebelum melangkah kaki keluar dari bilik itu dan meninggalkannya dalam kehidupan yg lain. Itu adalah janji Allah pada hambanya...

"AKU berikan mu nyawa, berada di dalam rahim ibu, bermula dari setitik air mani yg tidak berguna..jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu...tapi AKU mengangkat mu ke darjat yg paling tinggi di antara kalangan hamba2 KU, kini, setelah tiba masanya...AKU memanggil mu kembali seperti mana yg telah AKU tetapkan sewaktu kau masih berada di dalam rahim ibu mu..."

^Panahan C I N T A Separuh Hari^....PART (2)

Sesudah lunch tgh hari, kitorang berjln ke pasaraya Pertama. Kat situ lagi ramai manusia, ade yg tengah makan, ade yg sedang berborak, masing2 tak menghiraukan keadaan sekeliling, "Aku punya hal ko ape pedulik!" agaknya itu statement yg amat popular di kalangan warga kota, DUNIA HARI INI..

Aku memaut kuat lengan bakal kakak ipar aku, takut juga dgn keadaan sekitar yg penuh dgn manusia, terutamanya kaum lelaki. Pelbagai pandangan di lontarkan ke arah kitorang ber-5, maklumlah semuanya perempuan, cara berjalan dan gerak lenggok akan menjadi tumpuan kaum yang berlawanan jenis ini.

Aku menyusuri kedai2 di tepi kanan jalan, aku leka dgn sebuah kedai yg menjual decorative stuff tuk hantaran perkahwinan, kata bakal kakak ipar aku, dia nak pakaian persalinan kahwin nnt berwarna perak atau gold. Aku terbayangkan majlis perkahwinan abg aku, semestinya meriah, cantik dan sama padan, dalam masa yg sama juga fikiran nakal ku terus teringat kepada DIA...(",)bahagianya..

Kul7 petang, aku berpisah dgn bakal kakak ipar aku di Sogo Mall, aku menaiki komuter tuk balik ke Serdang. Sebelum tu, kitorang ber-4 lepak, solat dan dinner kat KL Sentral, tepat kul10 baru bertolak balik ke UNITEN. Dalam komuter tak yah cakap lagi, penuh dgn manusia yg sama waktu baliknya dgn kitorang, lagi2 last train mcm ni. Belakang badan aku terhadang dgn beg galas sorang chinese guy, aku terpaksa berpaut pada tiang tempat duduk komuter dan hampir 45minit aku tak dapat nak bergerak ke kiri dan kanan, seluruh urat kejang plus dgn kebas. Mujurla kepala aku leh berpusing kiri kanan, kalau idak, maunya aku berjalan keluar komuter cam robot nnt

Dalam perjalanan selama 45minit tu, ade satu pandangan yg amat tidak menyenangkan mata aku. Selama aku berdiri didalam komuter, rata2 tempat duduk di duduki oleh lelaki yg segak, bergaya dan hebat, tapi langsung tak GENTLEMAN. Sanggup tengok aku dan rakan2 wanita yang lain terhimpit dgn keadaan dan berlaga lutut dgn lelaki2 yg tidak dikenali di dalam komuter tersebut. Sedih pun ade juga, kata orang lelaki ni sejenis golongan yg akan membantu yg lemah, takkan menindas atau menyakiti perempuan...tapi ape yg aku lihat telah menyangkal kata2 org tersebut, amat memalukan...

Kul11.30 kitorang sampai di apartment, penatnya hanya Tuhan yg tau, inilah salah satu sebab nape aku takleh join member aku kuar shoping, aku mudah penat dan mudah bosan. Buka je pintu bilik, first yg aku akan lihat ialah katil aku yang bercadar biru lembut, plus dgn bau bilik aku yg sejuk dan menenangkan...segala kepenatan terasa hilang, aku ingin tamatkan segala 'kesakitan' b'shoping hari ni dgn mandi, solat dan tido bertemankan ingatan terhadap si DIA..

inilah kisah PANAHAN  C I N T A  SEPARUH HARI aku...

^Panahan C I N T A Separuh Hari^....PART (1)

Hari minggu ku yg padat dgn aktiviti, salah satu aktiviti hari minggu adelah b'shoping. 4 Ogos 2007/ Sabtu/ 11.30pagi, aku dan 4 org housemt bercadang tuk keluar shoping kat Sogo Mall KL, kitorg pi dgn menaiki StarLine Bandar Tasik Selatan. Ramai betul manusia yg rata2nya nak menghabiskan hujung minggu di pasaraya...barangkali dan aku, bukannya niat untuk bershoping sgt, just nak jumpa dgn bakal kakak ipar aku je, rindu betul nak berborak dgn dia..

Tepat kul12 tgh hari, kitorg sampai di shoping mall tersebut, tak sangka ramai betul manusia yg sedang membeli belah di ruang legar Sogo Mall, pelbagai ragam manusia yg dapat aku lihat, drpd yang kecil sampailah yg baya2 datuk nenek. Penuh di kiri kanan tangan diorang memegang plastik yg tertulis SALE, sekali imbas terasa gelojoh betul diorang berbelanja. Tapi seronok juga sesekali keluar b'shoping dgn family, anak dan isteri, lagipn sempena dgn Mega Sale 2007 ni ape salahnya perhabiskan duit se100 dua untuk keluarga, tak rugi pun.

Aku berdiri di satu sudut, melayan lamun sambil menunggu 4org housemt aku memilih pakaian, bukan aku tak nak membeli, tapi pakaian aku pun masih ade yg baru dan masih lagi boleh di pakai, sekadar menemankan diorng cukup la, sesekali diorng bertanya'n pendapat aku sewaktu memilih pakaian..confuse coz semuanya cantik(",)

Sewaktu melayan lamun tu, aku tertarik dgn satu pasangan suami isteri ini. Si isteri sibuk memilih pakaian untuk anak2, tiba masa untuk membayar, terdengar si suami berkata "Yang...kate nak beli beg tangan tadi?" kata si suami sambil mengunjuk'n beg tangan berwarna cokelat kehitaman, bersaiz besar dan langsung tidak menarik bentuknya, aku melihat ke arah isterinya, si isteri hanya menarik muka dan menjuihkan bibir tanda tidak setuju dgn pilihan si suami, kot ya pun nak belikan handbeg, belilah yang mahal n menarik skit, mentang2lah jd isteri, kalau boleh yang less 90% tu la yang nak di belinya, maybe itu yg bermain kat fikiran si isteri, aku hanya tersenyum kecil. Ade betul juga, apelah gunanya kalau duit berkepal di dalam poket tapi sayang berbelanja tuk isteri tercinta. Duit boleh di cari ganti, tapi isteri boleh ke di cari macam mencari baju dalam longgok'n kat shoping mall tu?

Terasa lenguh badan dan sendi lutut kerana terpaksa berdiri menunggu housemt beratur tuk membayar pakaian yang di belinya, panjang betul barisan di kaunter pembayaran....mata aku masih lagi tak lekang memerhati gelagat manusia yg b'shoping, tiba2 aku terpandang seorang kanak2 perempuan yg umurnya dlm lingkungan 4/5 tahun tak jauh dr tempat aku berdiri. Dia berbadan gempal, comel dan sihat tapi mukanya tak ceria, bibirnya muncung dan mukanya masam maybe ibunya tak menurut kehendaknya. Aku terimbas kenangan waktu aku baya kanak2 perempuan tersebut, mungkin aku juga sepertinya bila mengikut ibu ku membeli barang, bermasam muka jika keinginan ku tak di turuti? Kesiannya ibu ku....Aku berjalan ke arah kanak2 perempuan tersebut, berpura2 memilih pakaian yang dilonggok'n tuk dijual, aku mengambil kesempatan tuk menggosok dan mencubit pipinya yg gebu, dia pun turut tersenyum bila melihat aku tersenyum. Atleast aku dapat alihkan perhatiannya drpd terus bersedih, tak best la ngah b'shoping tapi bersedih kan sayang...?

Penat berdiri, aku berjalan2 di sekitar outlet kecantikan di ruang legar Sogo Mall, aku tertarik dgn set2 hadiah perfume dan produk skin care yg berbungkus cantik, alangkah gembiranya kalau si buah hati belikan set hadiah tu, sebagai tanda kasih yg di hargai...(",)aku berjalan lagi, sekadar menjamu mata. Kenapa aku takde nafsu nak b'shoping? Pelik tapi benar...

Sesudah housemt aku berbelanja, aku naik ke tingkat paling atas Sogo Mall, menuju ke tempat makan. Perut ku berbunyi minta di isi, drpd pagi aku belum makan ape2 sampailah kul2 ptg. Aku m'order mee soup chine, chinese food memang favorite aku, licin aku sapu semuanya..memang pelahap maklum lah tengah lapar. Tepat kul2.30 ptg, bakal kakak ipar aku sampai di foodcourt, dia tersenyum dr jauh. Sungguh menawan, cantik dan manis, ayu betul dia dgn memakai blouse dan tudung yang sedondon b'warna hijau pucuk pisang, sesuai dgn kulitnya yg putih cerah. Kalau abg aku sia2kan bakal kakak ipar aku tu, memang tak gunalah lelaki tersebut, sedangkan aku yg sama jenisnya ni mengkagumi ape yg ade pada diri bakal kakak ipar aku itu. Hati aku terdetik sendiri.

~demi C I N T A

Petang rabu yang begitu memenatkan, ingatkan petang2 camni pas kelas leh la berehat kat apartment, tapi DIA call plak suh bersiap nak pi Puchong, janjinya kul2 pas kelas tadi tapi DIA ade keje so aku assume tak jadi la nak pi CELCOM outlet tu..then kena lah juga bersiap n pas solat maghrib terus pi Puchong untuk tukar no phone. DIA beria2 nak aku jadi subline no phone DIA coz communication for him in our relationship is the most important thing.

Masa kat outlet tu, aku masih teragak2 dgn ape yang aku buat, tapi DIA tetap meyakinkan aku, katanya semua ni sebagai satu permulaan..maunya tak teragak2, aku kurang yakin coz aku takut suatu hari nnt aku akan menyusahkan dia, aku tahu...dia takkan biarkan aku sendirian seperti mana yang pernah aku rasa suatu ketika dulu...DIA cuma mahu aku dekat dgn DIA sekalipun just bertanya khabar through phone

I'm so scared that you will see
All the weakness inside of me
I'm so scared of letting go
That the pain I've hid will show

DIA lelaki yg amat bertimbang rasa, mengambil berat setiap perkara tentang diri aku sekalipun aku rasa ia tidak penting mana untuk DIA ketahui, anehnya ku rasakan...

DIA mengajar aku supaya terus yakin bahawa cinta yg murni dan ikhlas masih wujud untuk aku, masa lepas yg tak membahagiakan tidak bermakna aku tidak layak menerima sayang dan prihatin seseorang seperti DIA, tiap kata2nya umpama pengganti kekuatan yg telah lenyap dalam diri ku suatu waktu dulu...kasih sayang bukan lah suatu bebanan...itu kata DIA

.....I know you want to hear me speak
But I'm afraid that if I start to I'll never stop

I want you to know, you belong in my life
I love the hope, I see in your eyes
For you I would fly, at least I would try
For you I'll take, the last flight out ......

peluang yg masih ada untuk menerima dan memberi cinta akan aku hargai seperti mana ia datang tanpa aku harapkan apa2 dari DIA..cukuplah waktu dulu harapan di hancur luluh tanpa belas kasihan, tidak perlu aku ulangi kesilapan bodoh yang sama..

I'm afraid that you will leave
As my secrets have been revealed
In my dreams, you'll always stay
Every breathing moment from now

I cannot hold back the truth no more
I let you wait too long (wait too long)
Although it's hard and scares me so
A life without you scares me more
Scares me more, scares me more, scares me more

I LOVE U my love...