C I N T A~Seorang Sahabat
ISNIN pukul8.30 mlm 13/Ogos/2007
Suasana yg suram menyelubungi ruang legar ke wad CCU, suasana yg sama pernah aku rasakan tika aku melawat bapa saudara ku sewaktu dia masih hidup dan bersusah payah melawan penyakitnya demi orang tersayang. Hati ku sayu memandang wajah2 orang yg paling dekat dgn sahabat ku ini....FADHIL AHMAD.....dalam kenangan sahabat dan sahabiah UNITEN.
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tepat pukul6.15 aku dibenarkan untuk masuk melawat arwah, sungguh sebak memandang keadaan arwah, dgn segala macam wayar berselirat di badannya, mukanya pucat dan bengkak kerana dah terlalu banyak air yg dimasukkan ke dalam tubuhnya. Aku menahan getar di dalam dada, tidak mahu menangis, sekalipun aku tidak mengenalinya tapi kerana ikatan persaudaraan sesama Islam, aku menganggapnya seperti saudara aku sendiri. Merasa betapa peritnya sakit yg ditanggung, ALLAH MAHA KUASA...
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Melihat kepada keadaan sahabat ku itu, aku menjadi insaf, bermunajat sendiri bahawa hari mati itu akan menjelma jua dan sudah pastinya perpisahan yg menyakitkan akan aku tempuhi juga...mungkin aku yang akan 'meninggal'kan orang2 yang aku sayangi terlebih dahulu atau pun sebaliknya...hakikatnya akan terjadi jua..
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Baru sahaja aku memegang surah Yasin dan membaca bebarapa baris surah berkenaan, kedengaran para sahabat yg datang melawat berbisik sesama sendiri "Fadhil sudah meninggal.." INNALILLAHIWAINNAHIRAJIUN...Dari ALLAH dia datang Kepada ALLAH jua dia kembali...
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Aku bergegas ke bilik CCU, suasana yg cukup menghibakan hati ku, dengan linangan air mata yg bercurah aku tetap juga meneruskan bacaan Yasin sekalipun tersekat2...betapa tulus aku rasakan pemergian ini, sekalipun dia bukan kenalan ku, tapi kami adalah saudara sesama Islam, itu yg melenyapkan jurang antara kami. Matanya yg sebentar tadi berkedip kini tertutup rapat, hijab antara roh ku dan dia sudah terlalu jauh. YA ALLAH...TEMPATKANNYA DI ANTARA HAMBA2 YANG DIKASIHI MU...
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati
Wajah itu aku tatap lama, moga rohnya dicucuri rahmat...itu doaku sebelum melangkah kaki keluar dari bilik itu dan meninggalkannya dalam kehidupan yg lain. Itu adalah janji Allah pada hambanya...
"AKU berikan mu nyawa, berada di dalam rahim ibu, bermula dari setitik air mani yg tidak berguna..jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu...tapi AKU mengangkat mu ke darjat yg paling tinggi di antara kalangan hamba2 KU, kini, setelah tiba masanya...AKU memanggil mu kembali seperti mana yg telah AKU tetapkan sewaktu kau masih berada di dalam rahim ibu mu..."

Comments