« P A S T I K A N~ aku akan pastikan! | Main | H E P I story... »

~Cerita Perindu | F I G H T N O M O R E |

aku termenung sendirian, melihat air di sungai yang kecil itu mengalir tenang, sejuk..sesejuk mata memandang, teringat suatu waktu aku berakit bersama teman-teman, hujan turun mencurah tanpa henti dan didalam hujan aku melihat wajahnya yang tenang pada pandangan ku, menambahkan kecintaan ku pada dirinya, teringat juga masa makan nasi buluh bersama, dengan tangannya dia menyuapkan ku nasi, betapa lembutnya dia pada ku. pertama kali aku merasa rezeki dari tangannya, air sungai pahang yang mengalir indah dihadapan kami, seolah tersenyum melihat kemesraan yang hadir.

tapi kini...aku menghayati keindahan ciptaan yang maha Esa sendirian, tanpa wajah yang tenang itu menemani ku, rindu pada percakapannya yang sentiasa membuat bibir ini tersenyum, rindu pada perhatiannya pada ku dan aku tahu takkan ada lagi tangan yang akan menyuap nasi buluh lagi ke mulut ku...

Comments

jadilah seorang wanita yang tabah mengharungi segala ujian dari-Nya. kerana di situlah terletaknya kecantikan seorang wanita. berdoalah sentiasa agar hati berasa tenang di kala kesusahan dan kebahagiaan, semoga di kedua2 masa itu diri tidak berpaling dari-Nya.

perasaan hati mmg sukar untuk ditafsirkan, rindu yang timbul hanya mainan perasaan jiwa yang hanya menghantui diri tapi tiada apa2 erti. hargailah dengan apa yang menjadi milikmu dan mengertilah erti sebuah kehilangan.

semoga kecintaanmu kepada-Nya mengatasi segala perasaan cinta dan rindu duniawimu itu.

jangan mudah terperdaya dengan kelembutan seorang lelaki. Perbijakkanlah diri untuk mengenali insan disebalik manusia yang dilihat. Dengan petunjuk dari Allah dan izinNya, dirimu pasti berbahagia.

adanya rindu ini, tak ber erti rindu ini hilang pada-NYA, adanya perasaan cinta ini tak ber makna tiada cinta lagi untuk-NYA, rindu dan cinta hadir dari-NYA, dan aku cuma seorang wanita yang menghargai apa yang pernah dikurniakan oleh-NYA...

kelembutan lelaki itu adalah kerana keikhlasannya, bahkan diri ini juga mengetahui adanya keikhlasan disitu..tetapi diri ini juga tidak menolak bahawa ALLAH maha mengetahui hati tiap manusia ciptaan-NYA

dan insyaAllah, dengan kenangan ini, aku pasti bahagia.

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .