LOVE da MOST vs HATE da MOST
wujud 3 lelaki didalam hidup aku, 3 lelaki yang aku sanjungi, 3 lelaki yang aku dampingi dan 3 lelaki yang aku beri sepenuh penghormatan, per-1 abuya, ke-2 abna, ke-3 abib..ketiga lelaki inilah yang terlalu mencintai aku, duanya kerana pertalian darah, tapi yang satu itu kerana pertalian hati, ketiga lelaki ini menjaga aku dengan penuh kasih sayang, tanpa pernah mengatakan "Aku jemu menyintaimu.."
TAPI
aku terkadang menangis sendiri, kerana ketiga lelaki inilah yang menyakiti aku jua, menyakiti hatiku separah luka yang aku rasa, lelaki yang aku sayang juga lelaki yang menyakiti hati ku, aku tertanya sendiri..bila menangis kerana terlalu sakit, aku cuba tampal tempat yang luka itu dengan kasih yang mereka berikan untuk aku, memang mujarab, tapi bila ia sembuh...tempat luka itu masih berparut rupanya..dan dengan apa pula untuk aku tampal untuk hilangkan parut luka yang terlalu dalam itu...
bila disakiti, ketiga lelaki itu akan memohon maaf, sama ada dengan perbuatan atau dengan mengatakan "....maafkan.." kerana aku tidak penah lupa betapa melimpahnya perhatian sayang dan cinta yang mereka berikan, aku jua menyatakan "...maafkan..." tetapi setelah itu, tempat yang terluka kembali dihiris, berdarah lagi hingga membuak darah itu keluar, tanpa belas...waktu itu aku merasakan betapa teruknya lelaki yang aku dampingi ini, mana pertimbangan mereka terhadap ku...
adakah silap kerana terlalu merasa, adakah silap kerana diberi dan adakah silap kerana menerima...aku cuba..aku cuba...sedaya yang boleh menerima ketiga mereka ini, melupakan parut lama, kerana satu harapan...akan tiada lelaki keempat boleh wujud lagi untuk aku..
nur layyinah buat abuya, abna dan abib...

Recent Comments